Wednesday, 20 November 2013

WEEK 10


Untuk minggu ke 10 ni (padahal dah minggu ke 11 skrg ni hehe..baru nk update..sori!!), kami belajar tentang Microsoft Access daripada Dr. Norazrena. Microsoft Access adalah program aplikasi yang digunakan untuk mengelola database. Kat bawah ni ialah contoh table yang kami create sebagai permulaan..

Primary Key yang digunakan untuk pembelajaran kali ini ialah no. kad pengenalan. Primary Key adalah suatu penanda record yang bersifat unik. Sifat unik menandakan record yang satu dengan record yang lain tidak sama. Tujuannya adalah memudahkan penyimpanan data pada suatu tabel sehingga data yang dimasukkan tidak berulang atau bahasa mudahnya data tidak bertindan. Query pula digunakan untuk mengambil data tertentu yang dikehendaki sahaja daripada table.


Contoh 'form' yang diperoleh berdasarkan table
Contoh 'report' yang diperoleh berdasarkan table
~~Untuk minggu ke 11, kami belajar lebih banyak lagi tentang Access tapi kali ini lebih fokus pada pengurusan bahan pendidikan.. I'll share the exciting and the beauty of Access soon ok~~

0 comments:

Post a Comment